Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
Blog EntryJun 4, '09 10:55 AM
for everyone

Mungkin pada pandangan manusia bawahan
engkau adalah gunung yang hendak digenggam

Mungkin pada pandangan manusia atasan
engkau adalah nilai sebuah kehidupan

Mungkin pada pandangan orang belum memikulmu
engkau adalah tampak kehebatan

Mungkin pada pandangan orang yang memikulmu
engkau adalah kuasa mutlak

Mungkin pada pandangan si buta akhirat
engkau adalah tujuan hidup ini

Mungkin pada pandangan si abid
engkau adalah sebuah gunung yang dipikul

Akan tetapi apakah engkau pada pandanganku?

Adakah engkau padaku umpama
orang bawahan yang dengan niat menghalalkan cara?

Adakah engkau padaku umpama
orang atasan yang memandang dibawahnya seperti najis?

Adakah engkau padaku umpama
orang yang belum memikulnya sehingga timbul dengannya hasad?

Adakah engkau padaku umpama
orang yang memikulnya sehingga lupa kuasa Yang Maha Berkuasa?

Adakah engkau padaku umpama
si buta akhirat sehingga lupa dosa pahala syurga dan neraka?

Adakah engkau padaku umpama
si abid yang dengannya melaksanakan amanah serta takut akan jurang azab?

Wahai diriku... Di manakah aku???




*Ya Allah... bimbinglah aku dalam melaksanakan sebarang tugas yang Engkau amanahkan kepadaku semoga aku tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi di dunia dan akhirat...


abdbaith47.multiply.com
copyright@2009

Blog EntryMay 19, '09 3:27 PM
for everyone
Doakan kejayaan ana dalam exam akhir fasal ini...

Barakallahu fiikum...

Buat kawan-kawan yang turut sama menghadapi exam, ana doakan semoga najah dan cemerlang dengan mendapat mumtaz dalam apa-apa madah yang di ambil. Allah ma'ana!

Kepada guru2 yang tidak jemu mengajar anak muridmu ini, didoakan agar sentiasa diberkati Allah serta dicurahkan rezeki yang melimpah ruah... Selamat Hari Guru (tak sempat ucap... asif jiddan)

Buat ayah dan ibuku, aku merinduimu dan tidak akanku jemu untuk berdoa kepadamu.
Buat abang dan kakakku, hehe... doakan ith ye...
Buat adik-adikku, selalu patuhi arahan ummi dan ayah... doakan abg ith juga ye...

hehe... semoga kita dihimpunkan di dalam syurga ALLAH kelak... amien... insya-Allah

Blog EntryMay 9, '09 3:32 AM
for everyone
ciptaan : abdbaith47

Aku bukan Wahabi atau salafi jika
mereka tidak pandai menghormati pendapat orang lain

Aku bukan Wahabi atau salafi jika
mereka berfikiran jumud dan suka menyalahkan

Aku bukan Wahabi atau salafi jika
mereka tidak beradab dalam perbincangan

Aku bukan Wahabi atau salafi jika
mereka berakhlak dengan akhlak Nabi

Aku bukan Wahabi atau Salafi jika
mereka itu kaum yang menyombongkan diri

Aku bukan Wahabi atau Salafi jika
mereka panjang percakapan sikit amalan

Aku bukan Wahabi atau Salafi jika
mereka suka mencari kesalahan orang lain

Dengarlah wahai Wahabiyyin dan Salafiyyin yang jumud
Aku adalah pengikut Imam Ibnu Wahhab jika
mereka golongan yang tahu menyesuaikan diri dengan keadaan

Aku adalah pengikut generasi Salaf jika
mereka beramal dengan akhlak serta adab Nabi shallallahu 'alaihi wasallam

Aku adalah pengikut Imam Ibn Wahhab jika
mereka adalah golongan yang tidak mengingkari pendapat yang dikhilafi

Aku adalah pengikut generasi Salaf jika
mereka golongan yang bertawadhu'

Aku adalah pengikut Imam Ibn Wahhab jika
mereka banyak amalan dan sikit percakapan yang tidak berguna

Aku adalah pengikut generasi Salaf jika
mereka adalah golongan yang berfikiran murunah sebagaimana konsep Islam

Kalau dahulu aku dikenali dalam kalangan
Salafi dan Wahhabi yang ekstrem

Sekarang aku berlepas diri daripadanya
Dakwah itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Islam
dan bukan menjauhkan manusia daripadanya..

Dakwah itu suatu yang mulia dengan keindahannya
dan bukan suatu yang hina dengan sifat mazmumah si Da'i

Ya Allah bantulah aku agar menjadi orang Engkau kasihi dan sayangi...


Assalamualaikum,

pada hari khamis yang lepas 7/5/09, kuliah syariah di jamiah urduniyyah mengadakan 'Hari Ilmu'. Antara program yang paling menarik ialah ceramah daripada bekas mufti Palestin... Di samping itu turut juga diadakan maarad tentang masjidil aqsa... huh... banyak juga ilmu yang bertambah hari itu, lebih banyak ana tahu tentang masjid aqsa..


Dari kiri...: sahabat ana yang bersama ana mengambil madah hadyun nabawi dengan doktor syaraf qudhah (berasal daripada Palestin), tengah ialah bekas Mufti Palestin (tak tahu nama apa... tak sempat tanya... huhu), akhir skali ialah ana sendiri...

(p/s: tahniah kepada ustazah shiela dan ustaz lah, semoga anak yang baru dilahirkan khamis lepas menjadi anak yang solehah serta semua diberkati Allah... )

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk membebaskan masjidil aqsa daripada genggaman yahudi laknatullah. Agar kami bisa bersolat di dalam masjidil aqsa suatu hari nanti... Insya-Allah...

wassalam

Blog EntryMay 3, '09 11:41 AM
for everyone

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Doakan ana... exam dah dekat... bahas pun masih belum siap...

Pada kali ini ana diarahkan untuk membuat 2 bahas....

Madah Madkhal dengan bahas bertajuk أحكام عملية تجملية في فقه الإسلامي ... fuhh... bahas yang agak mencabar...

Madah Ushul Iiman ana memilih bahas bertajuk Syafaat Rasul shallallahu 'alaihi wasallam...

Setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana pada exam pertengahan semester yang lepas ana mendapat markah yang lebih tinggi daripada semester sebelumnya...

Untuk semester ini ana mendaftar sebanyak 6 madah iaitu :

1. Hadyun Nabawi fil Akhlak wal Aadab war Raqaaiq
2. Madkhal Ila Fiqhul Islami
3. Tsaqofah Islamiyyah
4. Bahasa Arab 1 (untuk pelajar yang bukan arab)
5. Tilawah dan Hafazan
6. Ushul Iimaan

dan markah yang ana perolehi adalah sebagaimana berikut...

1. Hadyun Nabawi = 24/30
2. Madkhal = 21/30
3. Tsaqofah = 21/30
4. Bahasa Arab 1 = 21/30
5. Tilawah dan Hafazan = 14/20
6. Ushul Iimaan = 19/30

Allahumma yassir umri...



Blog EntryApr 15, '09 12:20 PM
for everyone

Soalan Exam Ditukar Kerana Belalang

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

 

 

Nahmadullah 'ala kulli haalin wani'mah…

 

 

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, ke atas ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan sesiapa yang mengikutnya di atas jalan yang lurus sehingga ke hari kiamat.

 

 

 

Semalam, الأستاذ الدكتور شرف محمود القضاة telah memdengarkan kepada kami sebuah cerita yang agak melucukan disertai dengan gaya doktor yang amat mencuit hati tentang seekor belalang yang 'Tiada Kekuasaan kecuali Daripada Allah'  menjadi sebab tertukarnya soalan exam…

 

 

 

 

Diceritakan bahawa pada suatu hari dahulu di dalam jami'ah, exam sedang dijalankan. Para pelajar sedang tekun menjawab soalan-soalan exam yang sudah semestinya mencabar minda para pelajar, soalan yang disediakan oleh doktor-doktor di jami'ah urduniyyah (University of Jordan) adalah terkenal dengan soalan yang 'tough'. [Akan tetapi ana tidak berapa pasti di universiti manakah kejadian ini berlaku… huhu…]

 

 

Dewan peperiksaan sunyi sepi tanpa suara kecuali suara doktor dan suara pelajar yang bertanya kepada doktor tentang soalan yang tidak dapat difahami kehendaknya setelah exam bermula. Jangan meniru ye… hehehe

 

 

Di dalam qa'ah (dewan) pembelajaran, para pelajar di University of Jordan dikumpulkan dikumpulkan mengikut madah apa yang di ambil, masa, serta kumpulan (syu'bah) berapa yang dipilih. Maka, boleh jadi di dalam kelas itu terdiri daripada pelbagai lapisan pelajar sama ada pelajar tahun keempat, tahun ketiga, tahun kedua, malahan tahun pertama sekalipun. Sebagaimana yang berlaku di dalam dewan madah 'هدي النبوي في الآدب والأخلاق والرقائق' (madah yang ana ambil untuk semester kedua tahun pertama) yang diajar oleh doktor yang ana sebut di atas. Beliau adalah seorang doktor yang berkaliber, amat dikagumi dan juga ditakuti oleh para pelajar, ditakuti bukan kerana kegarangannya tetapi kerana ketegasan dan menyediakan soalan exam yang memerlukan pembacaan yang  agak mendalam dan teliti. Kalau tak, tak terjawablah soalan tu jawabnya, bahkan jawapan yang diminta juga adalah dalam lingkungan 1 atau 2 baris sahaja. Jadi, kalau sesiapa yang nak berbalaghah tu awal-awal lagi kena hentam…

 

 

Sambung balik cerita tadi, ketenangan yang dihadapi ketika menjawab exam itu akhirnya terberai dengan perkara yang tidak diduga di benak fikiran para pelajar. Macam mana nak ada dalam fikiran kalau tumpu 100 peratus kat kertas soalan… hehe. Salah seorang daripada pelajar wanita menjerit dan kelihatan pada riak wajahnya bibit-bibit ketakutan. Hah… kena rasuk ke? Jeng… jeng… Tidak cukup dengan wanita tadi, rakan-rakannya yang berada di sebelah turut sama menjerit dan ketakutan. Apa yang berlaku ni? Masing-masing cuba untuk menghindari tempat duduk wanita pertama yang menjerit tadi.

 

 

Doktor yang pelik dan kehairanan dengan apa yang berlaku bertanya kepada para pelajar wanita yang berada di barisan belakang. (Kebiasaannya, dewan kuliah di University of Jordan adalah berlaku ikhtilat, yakni percampuran antara lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu, ditetapkan salah satu daripada syarat semasa berada di dalam dewan ialah para pelajar lelaki akan berada di barisan hadapan manakala pelajar perempuan adalah di barisan belakang. Haram bagi pelajar lelaki untuk memandang ke belakang. Akan tetapi kejadian yang berlaku tidak dapat dikenalpasti tempatnya... hehe)

 

 

Dewan menjadi riuh-rendah dengan suara-suara pelajar wanita dan suara pelajar lelaki yang berbisik sesama sendiri. Dalam keriuhan itu, kedengaran seorang pelajar berkata bahawa di tempat duduk pelajar perempuan itu tadi terdapat seekor belalang yang agak besar sebesar jari telunjuk… Masya-Allah… habis bising satu dewan kerana seekor belalang? Ya, kerana seekor belalang.

 

 

Salah seorang pelajar lelaki yang lantang bersuara berkata : Uqtuluh! Uqtuluh! Yakni bermaksud 'Bunuhlah ia! Bunuhlah ia!' Disambungkan cerita, tidak ada seorang wanita pun yang bergerak untuk kerana masih dikawal oleh ketakutan masing-masing. Kalau lelaki, dah lama dibunuhnya belalang itu ataupun dicampakkan ke luar tingkap atau bermain-main dengan belalang tersebut.

 

 

Oleh yang demikian, doktor mengarahkan para pelajar ke tepi dan memberi laluan kepada pelajar lelaki untuk mengambil belalang itu. Bangun seorang pelajar lelaki dan kemudian berjalan menuju ke arah belalang yang dinyatakan kedudukannya. Wah... macam pahlawan la pula... Tanpa berfikir panjang, pelajar lelaki itu bertindak dengan memijak belalang itu seterusnya membuangnya luar daripada dewan. Fuuh... lega! Agaknya itulah perasaan pelajar wanita masa itu kot. Hehe

 

 

Namun, cerita ini tidak terhenti dengan begitu sahaja, oleh kerana keadaan sudah menjadi kacau bilau kerana belalang tadi dan soalan exam sudah berterbangan entah ke mana, maka exam itu terpaksa ditangguhkan. Bergembiralah sesiapa yang tidak membaca buku dan mengulangkaji. huh

 

 

Selang beberapa hari selepas itu, keluar di dalam surat khabar universiti sebuah berita yang 'Kerana Belalang : Soalan Exam Ditukar'... haha

 

 

Apapun sebenarnya di dalam cerita ini terdapat ibrah dan pengajaran akan bagaimanakah sebenarnya kebanyakan lelaki dan wanita itu berfikir. Hal inilah yang sebenarnya hendak disentuh oleh الأستاذ الدكتور شرف محمود القضاة dalam cerita ini kerana apa yang ingin diterangkan ialah tentang hadith akal wanita itu kurang. Apakah sebenarnya maksud akal wanita itu kurang? Bukankah pada hari ini dapat kita lihat pelbagai kejayaan yang dapat dicapai oleh kebanyakan wanita? Sebagai contoh, Nik Madiha yang berjaya mendapat 20A dalam SPM 2008 baru-baru ini dan seumpamanya. Kalau mereka kurang akalnya masakan mereka dapat mencapai kejayaan yang sebegitu rupa.

 

 

Hal ini dijelaskan oleh الأستاذ الدكتور شرف محمود القضاة bahawa maksud sebenarnya akal wanita itu kurang adalah mereka lebih dipengaruhi oleh emosi mereka berbanding bergantung kepada akal seratus peratus. Sebab itulah dapat kita lihat bahawa Allah telah menciptakan wanita itu untuk menjadi ibu dan bukannya bapa. Kerana ibu lebih dekat dengan anaknya berbanding bapa yang jarang berada di rumah semata-mata mencari nafkah. Jika sekalipun si bapa sentiasa berada di rumah dan si ibu bekerja, hakikatnya adalah tidak sama. Si bapa kemungkinan akan cepat naik berang dengan kerenah anak-anak tambahan lagi jika menangis tak henti-henti. Sebaliknya si ibu adalah lebih ke arah memujuk dan menyelami apakah yang menyebabkan ia menangis. Laparkah ia? Sakit perutkan ia? Disengat binatangkah ia? Inilah fikiran si ibu, dia tidak akan tenang selagi mana si anak tidak berada dalam keadaan selesa kerana si ibu turut sama menangis di dalam hatinya sehinggalah si anak gembira.

 

 

Berbalik kepada cerita tadi, pemikiran kaum lelaki adalah lebih banyak dipengaruhi dengan akal fikirannya, atau sebagaimana yang diterangkan oleh الأستاذ الدكتور شرف محمود القضاة sebagai akal mantiqinya. Oleh kerana itulah, kaum lelaki lebih berani daripada kaum wanita secara nisbahnya. Kaum lelaki dipilih untuk menjadi pemimpin, bapa, suami, dan sebagainya dalam hal yang berbentuk pimpinan. Bukanlah ini bertujuan untuk mengatakan bahawa kaum wanita tidak berhak menjadi pemimpin tetapi kita bercakap adalah dari segi nisbah kebiasaannya. Katakanlah kaum wanita memegang tampuk pimpinan, doktor, peguam dan sebagainya secara majoriti maka keputusan yang akan dikeluarkan nanti pasti akan lebih cenderung kepada emosi dan perasaan.

 

 

Ma'al asaf (yakni maaf saya sebutkan) bahawa wanita yang dikawal oleh emosi menjadi doktor pasti akan teragak-agak untuk menjalankan pembedahan terhadap pesakit tambahan lagi tehadap pesakit yang amat dikenali dan disayanginya. Wanita yang dikawal oleh emosi dan perasaan yang menjadi peguam pasti akan teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman terhadap pesalah yang ia kenali dan sayangi. Begitulah juga halnya wanita dengan kepimpinan yang lain. Namun ada kemungkinan ia dapat membuat keputusan yang mantiqi setelah mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan, ibu dan ayah akan tetapi ia bukanlah satu kemestian. Wallahua'alam.

 

 

Akhir kalam, maaf di atas segala kesilapan dan kekasaran bahasa (kalau ada la... hehe...) kalau nak komen, anda dipersilakan tetapi harapnya agara ia adalah komen yang membina. Barakallahu fiikum... Wassalam...

 

 

(Alhamdulillah keputusan ana dah semakin meningkat... ALHAMDULILLAH! Tiada yang berhak disyukuri kecuali kepada ALLAH.)

 

 


Blog EntryApr 1, '09 2:13 PM
for everyone
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera kepada sahabat-sahabat dan ustaz-ustaz yang ku kasihi sama ada dari mtaq atau selainnya... uhibbukum fillah

Semoga ceria selalu dan diberkati Allah....

doakan ana....

Blog EntryDec 4, '08 4:18 PM
for everyone
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

alhamdulillah, segala puji dihadratkan kepada Allah S.W.T, Tuhan Sekalian Alam yang sentiasa melimpahkan rahmat dan nikmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.


اللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِى بِيَدِكَ مَاضٍ فِىَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِىَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِى كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِى عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِى وَنُورَ صَدْرِى وَجَلاَءَ حُزْنِى وَذَهَابَ هَمِّى.


Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu (Adam) dan anak kepada hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil.

Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang menjadi namaMu yang dengannya Kau menamakan diriMu atau yang Kau turunkan di dalam kitabMu (al-Qur’an) atau yang Kamu ajarkan kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang Kau sembunyikan menjadi ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.

Musim haji kembali menjelma setelah setahun berlalu pergi, manusia mula berpusu-pusu ke Makkatul Mukarramah untuk menyahut seruan Allah S.W.T tanpa membezakan warna kulit, bahasa, bangsa. Mereka semua sebenarnya adalah ummat yang satu di bawah satu agama yang telah diredhai oleh Allah S.W.T iaitu ISLAM.

Hari raya Aidiladha merupakan salah satu daripada hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Semoga hari raya ini membawa azam  dan keteguhan iman kepada diri kita semua....

Blog EntryNov 16, '08 12:20 PM
for everyone
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, hari ini sudah 2 bulan dan 7 hari ana berada di bumi jordan ini. Segala masalah yang dihadapi sentiasa mendapat pertolongan dari Allah. Tiada kekuatan kepada mana-mana makhluk pun melainkan dari dan dengan izin Allah semata.

Exam pertengahan semester dah semakin hampir. Madah pertama yang akan ana tempuhi ialah madah Ulum Hadith iaitu pada hari selasa (18/11/08), seterusnya diikuti madah Sirah Nabawiyyah (23/11/08), madah Ulum Quran (26/11/08) dan akhir sekali madah Fiqh Zakat wal Hajj (29/11/08). Doakan kejayaan ana agar dapat mengekalkan status 'ditanggung bayaran yuran' oleh jami'ah.

Sebelum ini satu exam pernah dijalankan iaitu exam untuk menguji sejauh mana kemampuan pelajar-pelajar yang baru menuntut di Jami'ah Urduniyyah. Exam yang dijalankan ialah exam Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Tajwid (untuk pelajar Syari'ah) dan exam Komputer. Antara exam-exam tersebut, ana hanya lulus 3 daripadanya (Bahasa Inggeris, Tajwid dan Komputer), sementara exam Bahasa Arab ana tidak lulus. Oleh kerana itu jumlah jam kredit yang ana perlu ikuti hanyalah 125 daripada 132 jam kredit. Hal ini kerana jika para pelajar lulus exam yang disebut di atas, tiap satunya akan mengurangkan 3 jam kredit sementara exam tajwid mengurangkan 1 jam masa kredit. Apapun ana bersyukur ke hadrat Allah SWT.

Doakan semoga ana lulus dengan mendapat kejayaan dan bukan hanya semata-mata mendapat habuan dunia tetapi mampu mempraktikkan ilmu yang diperolehi agar turut mendapat habuan ukhrawi. Semoga kita sentiasa berada di bawah naungan berkat dan rahmat Allah SWT serta jauh daripada kemurkaan dan kemarahan-Nya.

Wassalam...

Blog EntryOct 25, '08 6:40 AM
for everyone

Alhamdulillah masalah berkenaan yuran dan hawiyah (kad matrix) dah selesai selepas ke hilir dan hulu mengelilingi jami'ah. Tidak ada kata yang mampu diucapkan kecuali 'La haula wala quwwata illa billah'.

Pada 16 - 18 Oktober yang lepas ana dan 2 orang kawan ana (Muhammad dan Qudratullah) diarahkan oleh abang-abang senior untuk mengikuti Kursus Kepimpinan dan Keusahawan di sebuah hotel bernama Palmyra Hotel dekat dengan Jami'ah Urduniyyah.

Kami sampai di hotel pada linkungan pukul 1900pm seterusnya terus mendaftar di tempat pendaftaran dan kemudian menuju ke bilik yang telah disediakan untuk kami. Kami adalah orang yang paling awal sampai kat situ (maklumlah, perjalanan dari hotel ke rumah kami hanya dalam 15 minit dengan menaiki coaster), jadi selepas berpenat lelah mencari kiblat di hotel (hotel ni tak ada arah kiblat) dan solat maghrib kami mengambil keputusan untuk pergi ke majlis bersama pensyarah dari malaysia (pensyarah yang seterusnya menjadi fasilitator pada program Kursus Kepimpinan ni) di rumah senior iaitu Ustaz Asyraff dan Ustaz Nuh.

Sesampainya kami dirumah senior, kami bersalaman dengan senior-senior dari Amman yang lain yang turut serta dalam perjumpaan malam itu kerana majlis ini diadakan khas untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di Amman sahaja.....

Kursus Kepimpinan yang diadakan seolah tidak memberikan apa-apa impak kepada kami kerana isu-isu yang dibincangkan lebih ke arh politik yang sudah kami dengar, tahu, dan kadang-kadang bingung dengan suasana politik di Malaysia. Tapi, apalah yang dapat dibuat sebab dah kena arah oleh MT PPMA.

Dalam keadaan yang membosankan itu ada juga kegembiraannya apabila kami dapat berkenalan dengan para pemimpin pelajar malaysia dari Mu'tah, Irbid, dan Mafraq walaupun kami tidak memegang apa-apa jawatan dalam PPMA atau mana badan dan persatuan. Di samping itu kami dapat mengenali ragam mereka yang digelar pemimpin pelajar malaysia di jordan ini, ada yang memang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul dan ada yang tidak sepatutnya diangkat menjadi pemimpin.

Akhirnya majlis tersebut sampai ke penghujungnya iaitu pada hari sabtu, kami bersalaman dengan orang yang mana kami sempat salami sahaja dan kemudia terus beredar dari hotel tersebut. Alhamdulillah sebelum kami pulang, salah seorang daripada AJK program telah bertanya tentang tambang ataupun wang yang ingin kami claim maka kami meminta duit tambang yang mana sebelum ini kami menggunakan duit kami sendiri untuk pergi ke hote tersebut. Majlis tersebut bersurai selepas sesi makan tengah hari.

Ya Allah jadikan setiap apa yang kami lalui sebagai pengalaman yang berguna, pengajaran yang bermanfaat, pedoman yang akan digunakan sepanjang kami hidup di bumi-Mu yang fana ini. Hindarilah kami daripada perasaan malas, buruk sangka kepada-Mu, menyakiti manusia dan lain-lain sifat mazmumah. Ya Allah, aku telah meminta kepada-Mu untuk menuntut ilmu dibumi Jordan ini dan Engkau perkenankan doaku maka jadilah kebaikan yang aku lakukan adalah dengan keredhaan-Mu dan yang terbaik di antara pilihan-pilihan yang ada serta jauhkanlah aku daripada kemarahan dan kemurkaan-Mu.

Wallahu waliyyuttaufiiq

Blog EntrySep 28, '08 10:19 AM
for everyone
Bulan Ramadhan pada tahun ini sudah sampai ke penghujungnya. Beruntunglah mereka yang mendapat ganjaran dan keredhaan Allah pada bulan yang mulia ini kerana sesungguhnya mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya. Terasa bagaikan semalam baru sahaja Ramadhan tiba dengan senyuman yang menggamit hati orang-orang yang beriman kerana mengimpikan ganjaran dan keredhaan Ilahi tetapi betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan manusia yang lalai ke belakang tanpa sempat mereka menoleh kepadanya. Ya Allah, maafkan aku kerana telah mempersia-siakan nikmat yang telah Engkau pinjamkan kepadaku, aku adalah manusia yang lemah dan aku tidak mampu untuk menipu-Mu dengan berkata bahawa aku tidak melakukan sebarang maksiat... Ampunkanlah aku Ya Allah.

Ana merindukan Ramadhan yang akan datang, semoga ana dipertemukan dengannya lagi Insya-Allah...

Selawat dan salam ke atas Penghulu Nabi dan Rasul, Utusan Allah yang mengkhabarkan kesejahteraan Islam kepada ummat ini.

Blog EntrySep 26, '08 2:18 AM
for everyone
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah kepada Tuhan Sekalian Alam yang sentiasa memerhati dan melimpahkan rezeki kepada hamba-hambaNya sama ada mereka kufur mahupun tidak. Adapun telah berjaya orang-orang yang beriman dan sesungguhnya azab menanti bagi sesiapa yang kufur kepada-Nya.


Setelah 2 minggu berada di bumi Amman Jordan, ana teringat akan ummi, ayah dan semua yang berada di Malaysia. Ana teguhkan kembali azamku, ana tidak menafikan kehadiran perasaan tersebut tetapi ana sekarang adalah seorang musafir penuntut ilmu. Tekadku adalah untuk menuntut ilmu dan bukannya bersedih. Pernah ana terfikir jikalau ana ditakdirkan oleh Allah SWT meninggalkan dibumi Jordan ini, ingin ana dikebumikan di sini sahaja tanpa menyusahkan ummi dan ayah mengeluarkan belanja membawa pulang jenazah ini. Ingin ana nyatakan perasaan sedih berpisah dari ahli keluarga dengan kejayaan usahaku di sini. Ini perjuanganku,Ya Allah bantulah hamba-Mu yang tidak berdaya ini...

Perjalanan kuliah semuanya berjalan dengan baik. Ana memulakan pembelajaran pada 15 Ramadhan 1429h bersamaan 15 September 2008. Di dalam kelasku kesemuanya adalah manusia dari bangsa Arab kecuali ana dan seorang pelajar perempuan dari Brunei Darussalam. Proses pembelajaranku pada mulanya agak sukar kerana bahasa yang digunakan oleh doktor adalah bahasa 'ammi. Tetapi alhamdulillah kerana Allah telah mempermudahkan urusanku apabila Doktor mengurangkan penggunaan bahasa 'ammi dan diganti dengan bahasa fushah. Madah yang dipilih oleh abang-abang senior untukku adalah terdiri daripada 4 madah iaitu:

1.Ulum Al-Quran
2.Ulum Al-Hadith
3.Fiqhul Zakat wal Hajj
4.Sirah Nabawiyyah

Antara madah yang agak mencabar bagi diriku adalah Fiqhul Zakat wal Hajj dan Sirah Nabawiyyah. Fiqhul Zakat wal Hajj membincangkan tentang wang zakat dan ianya melibatkan pengiraan dalam bahasa arab sedangkan diriku tidak mengerti tentang pengiraan tersebut kerana ana belum pernah mengira perkara yang complex dalam bahasa arab. Sirah Nabawiyyah pula menyentuh mengenai kaum-kaum arab sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam (sebelum Nabi dilahirkan). Perbincangan di dalamnya mengambil peduli tentang kabilah-kabilah arab yang sebelum ini tidak pernahku dengari. Ditambah pula dengan arahan untuk menyiapkan assignment dengan merujuk kepada kitab dan bukan internet.

Pada 25 September 2008, ana berpeluang mengikut seorang ustaz yang hendak melawat Mu'tah. Perjalanan dari Amman ke Mu'tah mengambil masa selama 2 jam dengan tambang coaster sebanyak 2 dinar (bersamaan RM9.80). Perjalanan ke Mu'tah amat menyeksakan dengan suara pemandu arab bersama kawan-kawannya yang kuat dan tidak mempedulikan keselesaan penumpang. Tepat jam 1800pm waktu Jordan, ana tiba di bumi Mu'tah. Keadaannya sesak sekali dengan kenderaan yang tidak henti-henti membunyikan hon dan manusia yang agak ramai kerana bandar Mu'tah tidaklah terlalu besar. Ana turun berhadapan dengan Masjid Syuhada' iaitu masjid utama di sini (ana tak jumpa masjid lain). Abdul Fatah, kawanku semasa di MTAQ yang sekarang adalah pelajar di Jami'ah Mu'tah dihubungi agar menjemputku di Masjid Syuhada' , 10 minit kemudian Abdul Fatah datang dengan berbaju kemeja koko berlengan panjang. Dia adalah seorang yang mesra meskipun agak pendiam dan tegas. Alangkah gembiranya diriku bertemu dengannya seolah-olah kami telah lama berpisah meskipun baru 2 minggu.

Abdul Fatah membawaku ke rumah sewa tempat kediamannya, sebelum itu ana dibawa berjumpa dengan kawan-kawanku yang sedang menolong menjual makanan senior di sini. Ana dimaklumkan oleh Abdul Fatah bahawa rumah sewanya adalah rumah sewa tertua di sini dikenali dengan Rumah White Sand (bukan nama sebenar). Rumah tersebut didiami oleh sebahagian pelajar  yang sedang menuntut di Jami'ah Mu'tah. Rumah itu amat mengecewakan diriku kerana keadaan persekitaran yang agak kotor walaupun ahli rumah berjumlah 10 orang. Abdul Fatah pun sebenarnya amat kecewa dengan keadaan rumah tersebut, barang-barang bertaburan, bekas makanan dibiarkan tidak terbasuh, sampah-sampah bergelimpangan di muka pintu dan sebagainya. Ana menenangkan diri dengan mendengar keluhan Abdul Fatah, dia memberitahu bahawa selain daripada keadaan rumah yang kotor, senior di sini juga tidak melambangkan sebagai seorang mahasiswa. Rokok, gitar dan bahasa yang keterlaluan seolah-olah sudah sebati dengan darah daging. Ana terkelu tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

Selepas berterawih di masjid Syuhada', ana dan Abdul Fatah memenuhi jemputan salah seorang senior yang tinggal di Rumah Dimasyq. Rumahnya terletak agak jauh daripada rumah pelajar Malaysia yang lain tetapi lebih bersih walau tidak sepenuhnya. Kami dihidangkan dengan susu panas serta makanan ringan. Rumah senior itu asalnya didiami oleh 9orang tetapi yang tinggal hanyalah 6 orang kerana 3 orang sudah menamatkan pelajaran di sini. Dia memberitahu bahawa ruang tamu rumah itu asalnya adalah tempat menjual kitab-kitab tetapi sekarang kitab yang ada sudah dihentikan stoknya dan yang tinggal hanyalah stok-stok yang terakhir. Senior memberitahu tentang pengalaman di sini dan menceritakan beberapa perkara negatif tentang Rumah anak Kelantan itu apabila Abdul Fatah meluahkan hasrat untuk berpindah rumah ke tempat yang lebih membangkitkan semangat belajar. Rumah sewa tempat ustaz Hasrizal (www.saifulislam.com) tinggal semasa menuntut di Jami'ah Mu'tah turut ditanya kepada senior. Ustaz Said memberitahu bahawa rumah yang didiami oleh Ustaz Hasrizal dahulu sudah tidak wujud lagi.

Insya-Allah akan ana coretkan akan kehidupan di sini lagi pada masa akan datang jika tiada musyaqqah. Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau telah memilihku untuk berada di tempat yang terbaik bagi diriku. Ya Allah, andaikata diri ini gugur di jalan-Mu maka janganlah Engkau jauhkan ia dari rahmat-Mu. Ya Allah, sesungguhnya tidak ada tempat pergantungan kecuali kepada-Mu semata. Ya Allah, jagalah diri ini daripada kufur kepada-Mu dan daripada azab-Mu yang tidak dapatku bayangkan kepedihannya. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam Rasul penutup segala Rasul.

Wassalam...



Blog EntryAug 24, '08 9:04 PM
for everyone
Persiapan untuk berangkat masih lagi belum siap sepenuhnya, masa yang tinggal hanyalah dalam 2 minggu dan 4 hari sahaja lagi. Tidak dapat ana bayangkan apakah perasaan yang bakal menyelubungi diriku apabila berada di sana nanti. Ana akan bersendirian di negara asing yang sebelum ini tidak pernah ana jejaki. Tiada lagi suara ummi dan ayah, adik-beradik dan sahabat-sahabat yang sebelum ini berada di sisi.

Ana tekad untuk menyambung pelajaran ke sana setelah membaca dan meneliti beberapa kisah daripada ustaz-ustaz yang telah kembali daripada Jordan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ummi dan ayahku yang telah membesarkanku semenjak ana masih lagi kecil. Tidak ada yang dapat membalas jasa ummi dan ayah yang telah banyak berkorban untuk diriku kecuali hanya Allah swt semata. Dialah Yang Melimpahkan segala nikmat dan kurnia-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Sekalung terima kasih juga ana ucapkan kepada Ustaz Hasrizal kerana telah memotivasi diriku dengan artikelnya serta memberikan jawapan terhadap persoalanku, terima kasih juga kepada seluruh warga Al-Ahkam.Net yang telah membantu dan menghargai usahaku. Kepada Azuhan Fauzi, Ahmad Syakir Falleh, Said Hawwa, Adib Farhan, Fathan 'Adi, Hariz Syazwan, Mursyid Al-Amien, Mohd. Abdul Fatah, Muhammad Adam Adnan, Ahmad Zaki Haris, Ahmad Faidhul Irfan, Mohd Asyraf Anuar, Ahmad Azrin Afiq, Muhammad Hamdan, Ahmad Farhan Syah, Mohd. Zubair, Mohd Hamdi, Muhamad Robbani, Muhammad Sahli, Mohd Iqbal, dan semua yang mengenali diri ini sama ada di sekolah atau ketika mana-mana program yang pernah ana ceburi bersama entum. segala hal yang berlaku sama ada sedih, gembira, perit, suka, duka, dan ceria bersama entum semua menjadi kenangan kepada diriku.

Kepada Ustaz di MTAQ yang disayangi, ana mendoakan semoga Allah membalas penat segala lelah ustaz mengajar ana dan rakan-rakan walaupun pelbagai ragam manusia yang harus ustaz tempuhi semata-mata untuk mengajar kami. Terutama Ustaz Nasir (bekas mudir MTAQ), Ustaz AB Rahman Al-Qari, Syeikh Abdul Muhaimin, Ustaz Yusoff Abd Kadir, Ustaz Nik Iznan, Ustaz Badrul Hisham, Ustaz Suhaimi dan lain-lain.

Doakan pemergian ana ke bumi Jordan ini membuahkan kebaikan kepada diri ana dan kepada masyarakat. Doa entum amatlah ana perlukan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang bergelar 'Hamba Allah'. Jazakumullahu khairan kathira. Wassalam.

Blog EntryJun 10, '08 8:12 PM
for everyone
Kertas kerja seminar tidak akan diupload... Harap maklum


Makluman,

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar kuliah Fiqh Sunnah yang disampaikan oleh Maulana Shaari (kuliah beliau sebelum beliau dikenakan ISA) bolehlah mendengar dan men-downloadnya di sini...

http://abdbaith47.multiply.com/music/item/53/Maulana_Shaari_Mustapha_-_Fiqh_Sunnah

ditukar ke sini

http://www.4shared.com/dir/2568275/ad14c170/sharing.html